pages

Saturday 7 November 2015

ALLAH ITU MAHA BERKUASA

Beberapa jawapan Allah s.w.t tentang masalah manusia
 
Manusia tidak pernah lari daripada dugaan daripada Allah SWT. Allah SWT maha mengetahui, apa sahaja yang Allah SWT beri ujian kepada hambanya pasti ada alasanNYA. Namun begitu himpunan persoalan hidup dan jawapan Allah dalam Al- Quran ini mampu memberikan kita kekuatan untuk hadapi apa juga tekanan hidup.

1.Soalan : Adakah aku sudah dikira beriman?

Jawapan

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman, “ sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah s.w.t mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
(Surah al-Ankabut : 2-3)

2.Soalan : Kenapa aku tak dapat apa yang aku idamkan?


Jawapan

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah s.w.t mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui"
(Surah al-Baqarah:216)

3.Soalan : Kenapa susah sangat ujian ini?

Jawapan

“Allah s.w.t tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya” (Surah al-Baqarah : 286)

4.Soalan : Aku rasa kecewa? Tertekan? Lemah semangat?

Jawapan

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan jangan pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang beriman.”
(Surah al-Imran : 139)

5.Soalan : Bagaimana harus aku menghadapinya?

Jawapan

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah s.w.t supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
(Surah Ali-Imran : 200)

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah s.w.t) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusuk"
(Surah al-Baqarah : 45)

6.Soalan : Apa yang aku dapat daripada semua ini?

Jawapan

"Sesungguhnya Allah s.w.t telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... (Surah At-Taubah : 111)

7.Soalan : Kepada siapa aku berharap?

Jawapan

"Cukuplah Allah s.w.t bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (Surah At-Taubah : 129)

8.Soalan terakhir : Arghhh..aku tak tahan!!!! aku dah bosan!!!

Jawapan

“ ...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah s.w.t. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah s.w.t itu melainkan kaum yang kafir”. (Surah Yusuf : 87)

Renung dan redhalah terhadap ketentuan Allah s.w.t. Marilah kita bersikap positif terhadap kehidupan ini dan mendaki puncak kejayaan.


Aamiin.

Terima Kasih Kerana Membaca:)

3 comments: